Islamic Calendar

Saturday, May 16, 2009

Tafsir Surah Al-Ikhlas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.
(In the name of God, Most Gracious, Most Merciful)

1. Katakanlah (Ya Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa
(Say: He is Allah, the One and Only!)

2. Allah tempat berharap (Allah, the Eternal, Absolute.)

3. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. (He begetteth not nor is He begotten.)

4. Dan tiada yang setara dengan-Nya. (And there is none like unto Him.)


Tafsir dan Ulasan

Bismillâh ir-Rahmân ir-Rahîm

Qul huwa Allâhu ahad

Qul = say, teach, tell root q-w-l ... to speak, say, inspire, point out, tell, relate, teach, assert
huwa = he pronoun, 3rd person, masc, nominative
Allahu = Allah the u at the end indicates that Allah is the subject
ahad = the one, the only one, one without any partner, one without a second

Firman Allah: “Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa” (al-Ikhlas, 112:1). Ertinya: Katakanlah wahai Rasulullah kepada mereka yang bertanya tentang sifat-sifat Tuhanmu: Dialah Allah yang satu, ertinya Esa pada zatNya dan sifatNya. Tiada sekutu bagiNya. Tiada bandingan dan gandingan untukNya. Ini adalah sifat wahdaniyah dan penafian wujudnya sekutu-sekutu. Dialah Allah yang kalian kenali dan akui sebagai pencipta langit dan bumi serta pencipta kamu. Dia satu dan tunggal dengan sifat ketuhanan. Dia tidak mempunyai sekutu. Ayat ini sebenarnya merupakan penafian tentang banyak Tuhan atau zat Tuhan.

Allâh s-samad

Allah = Allah
s-samad = eternal, absolute, one whom all need, one who is the foundation of all, solid, independent

Firman Allah: “Allah tempat berharap” (al-Ikhlas, 112:2). Ertinya: Allah tempat bergantung dan memohon hajat keperluan. Justeru Allah sahaja yang Maha Berkuasa untuk memenuhinya. Allah tempat makhluk mengadu. Tiada seorang pun yang tidak memerlukan Allah. Namun Dia tidak pula memerlukan mereka. Ini menyanggah keyakinan orang-orang musyrikin Arab tentang kewujudan perantaraan atau orang tengah dan para pemberi syafaat (dalam hubungan antara Khaliq dan makhluk).

Ibn Abbas berkata ketika mentafsirkan makna “as-samad” ertinya yang menjadi tempat menggantungkan harapan makhluk untuk memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Dia Penguasa yang amat sempurna PenguasaanNya. Dialah Allah Maha Mulia yang amat sempurna kemulianNya. Dia juga yang Maha Hebat yang amat sempurna kehebatanNya. Dia Maha Penyantun yang paling sempurna kesantunanNya. Dia Maha Mengetahui dengan pengetahuanNya serta sempurna. Allah Maha Bijaksana dan amat sempurna kebijaksanaanNya. Dialah yang Maha Sempurna dalam segala jenis kemuliaan, kejituan dan kekuasaan. Segala kemuliaan dan keunggulan adalah miliknya. Tiada yang dapat menandingi Allah dan tiada pula yang menyamaiNya. Maha Suci Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa.

Lam yalid wa lam yûlad

Lam = (particle) did not, was not
yalid = give birth to, generate, produce, sire, beget ya is an imperfect prefix, the root is w-l-d
wa = and, and also
lam = (particle) not, did not, was not
yulad = birthed, born, generated, produced, sired, begotten yu is imperfect prefix, the root is w-l-d

Firman Allah: “Tidak beranak dan tidak diperanakkan” (al-Ikhlas, 112:3). Ertinya: Tidak akan lahir dariNya anak. Tiada suatu pun yang lahir dari Allah kerana Dia tidak sejenis dengan sesuatu yang lain. Kerana Dia Maha Sedia Ada dan bukan sesuatu yang baru. Tidak ada permulaan bagi kewujudan Allah. Allah tidak berjisim. Ini menafikan kewujudan persamaan. Dia disifatkan sebagai sedia ada dan yang awal serta manafikan sifat baru.

Ayat pertama menafikan kewujudan anak bagi Allah dan menyanggah orang-orang musyrikin yang menyangka kononnya para Malaikat merupakan anak-anak perempuan Allah. Ayat tersebut juga menyaggah pandangan orang-orang Yahudi yang menyangka Uzair sebagai anak Allah. Ia juga menyanggah pandangan orang Nasrani yang menyangka Isa adalah anak Tuhan dan berfahaman Trinity (konsep tiga tuhan). Ia juga menyanggah pandangan al-Sobi’ah yang menyembah bintang. Setiap penafian pula merupakan sanggahan terhadap pengikut akidah batil seperti Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan dua tuhan bagi ala mini iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Ayat yang kedua pula menafikan kewujudan bapa (bagi Allah) dan menafikan bahawa kewujudan Tuhan didahului oleh keadaan bapa.

Wa lam yaku llahû kufuwan ahad

Wa = and, and also
lam = (particle) was not, did not
yaku(n) = is, was ya is an imperfect prefix, root k-w-n, ( note: the n is not pronounced in this phrase)
llahu = unto Him, with Him
kufuwan = equal, like, comparable, matching, corresponding root k-f- ' meaning to be comparable, like, similar to
ahad = the One, the only One, the One without any partner, the One without a second

Firman Allah: “Dan tidak ada yang setara denganNya” (al-Ikhlas, 112:4). Ertinya: Tiada siapa yang menyamai Allah, menyerupainya dan berkongsi denganNya dan berkongsi denganNya. Ini menafikan kewujudan teman dan membatalkan iktiqad orang musyrikin Arab bahawa Allah mempunyai gandingan dalam setiap perlakuanNya., di mana mereka menjadikan para malaikat sebagai sekutu-sekutu bagi Allah dan patung berhala sebagai gandingan Allah. Surah ini mempunyai makna yang hampir sama dalam beberapa ayat yang lain:

“Pencipta langit dan bumi. Bagaimana mungkin Dia memiliki anak sedangkan tiada bagiNya teman. Pencipta segala sesuatu” (al-An’am, 6:101)

“Tidaklah wajar bagi al-Rahman (Allah) untuk (mempunyai) anak. Pada hal segala sesuatu yang di langit dan di bumi semuanya datang ke hadrat Allah sebagai hamba. Dia telah mengira, menghitung dan Maha Tahu bilangan mereka. Setiap makhluk berkenaan akan tampil menemuiNya bersendirian” (Maryam, 19: 92-95).

Asbabun Nuzul

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab bahawa orang-orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah: “Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!” Maka Allah menurunkan surah al-Ikhlas.

Ibn Jarir dan al-Tirmizi dalam riwayat lain menambah bahawa as-Samad ialah “yang tidak beranak atau tidak diperanakkan” kerana setiap yang dilahirkan pasti akan mati. Manakala setiap yang mati pasti akan meninggalkan waris, sedangkan Allah tidak mati dan tidak pula meninggalkan waris. Firman Allah: “Dan tidak ada yang setara dengan-Nya” (al-Ikhlas, 112:4). Ertinya, tiada yang serupa atau yang menyamai Allah SWT. Tiada yang dapat menjadi setara dengan-Nya.

Qatadah, Dakhkhak dan Muqatil berkata: “Beberapa orang Yahudi datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata: “Sifatkan kepada kami Tuhan engkau (wahai Muhammad) kerana Allah telah menurunkan sifat-sifatnya di dalam Taurat. Ceritakan kepada kami, Dia dari apa? Dia dari jenis mana? Adakah Dia emas atau tembaga atau perak. Adakah Dia makan dan minum? Dari siapa Dia mewarisi dunia atau mewariskan dunia ini kepada sesiapa. Dalam rangka menjawab soalan mereka maka Allah menurunkan surah ini dengan menjelaskan tentang sifat-sifat Allah secara khusus.

Kelebihan

Imam Ahmad, Tirmizi dan Nasa’i meriwayatkan dari Abi Ayub al-Ansari daripada Nabi SAW bersabda:

“Adakah di kalangan kamu ini orang tidak mampu membaca satu per tiga al-Quran pada satu malam? Sesungguhnya sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas pada satu malam, maka dia telah membaca pada malam tersebut satu per tiga al-Quran.”

Kesimpulan

1) Surah ini mengandungi rukun-rukun aqidah dan syariat Islam yang terpenting iaitu mentauhidkan Allah dan mensucikanNya, memperakukanNya dengan sifat-sifat kesempurnaan dan menafikan kewujudan sebarang sekutu bagiNya. Ini secara tidak langsung menolak pandangan orang-orang Nasrani yang menyatakan Isa adalah anak Tuhan dan menganut fahaman Trinity (konsep tiga Tuhan). Surah ini menyanggah perbuatan orang-orang musyrikin yang mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan yang lain di samping pengabdian diri kepada Allah dan menyatakan bahawa malaikat adalah anak perempuan Allah. Ini turut menafikan pandangan Yahudi yang menyatakan Uzair adalah anak Allah.

2) Para ulama’ berkata: Surah ini menjelaskan hak-hak Allah sebagaimana surah al-Kauthar menjelaskan hak-hak Rasulullah. Cuma celaan terhadap hak-hak Rasulullah dalam surah al-Kauthar adalah kerana mereka berkata bahawa Baginda “abtar” (terputus zuriat tidak mempunyai anak lelaki). Manakala celaan terhadap Allah yang dijawab dalam surah al-Ikhlas ini adalah kerana dakwaan mereka bahawa Allah mempunyai anak. Kalau ketiadaan anak merupakan satu perkara yang mengaibkan bagi manusia, maka kewujudan anak bagi Allah pula adalah kekurangan atau ke’aiban bagi Allah. Justeru itu, Allah menyatakan di sini, “Katakanlah wahai Muhammad,” bagi menolak pandangan serong terhadap Allah ini. Manakala di dalam surah al-Kauthar, Allah tidak menyebut “Katakanlah,” tetapi Allah berfirman secara terus agar Dia sendiri dapat mempertahankan Rasulullah.

3) Konsep aqidah dan tauhid yang benar inilah yang perlu diikuti oleh seluruh umat manusia. Konsep inilah yang berjaya menyatukan kaum Aus dan Khazraj dan mempersatukan Muhajirin dan Ansar. Aqidah yang bersih inilah yang akan menjamin akhlak yang baik, ibadah yang benar serta keutuhan politik dan sosio-ekonomi sesebuah masyarakat. Kebelakangan ini, kita sering mendengar konsep penyatuan sama ada kerajaan perpaduan (unity government) atau one nation (1Malaysia). Jika kita kembali kepada sirah Rasulullah, penyatuan yang berlandaskan tauhid yang Esa dan benar adalah penyatuan yang cukup hebat dan tidak ada tolok bandingnya. Ternyata konsep penyatuan yang dicanang oleh manusia masih terdapat banyak kelemahan seperti timbul syak wasangka dan sikap menuding jari andai tidak berdasarkan kepada ajaran Islam.


Rujukan
1) http://wahiduddin.net/quran/ikhlas.htm
2) Prof. Dr. Wahbah Mustaffa al-Zuhaily, “Tafsir al-Munir (Juz ‘Amma)”, Persatuan Ulama Malaysia & Intel Multimedia and Publication, 2007.


p/s: maaf, tulisan arab tak keluar. boleh rujuk Al-Quran, surah Al-Ikhlas (112):1-3
Moga bermanfaat..
This post was emailed by Abu Hanifah to istimrar@yahoo.com.my