Objektif Give Club
- Memberi kesedaran tentang kemelut gejala sosial yang melanda dunia remaja.
- ‘Prevention Better Than Cures’ merupakan ungkapan yang penting dalam program ini dalam memberi pengetahuan kepada remaja tentang permasalahan remaja terkini agar mereka tidak melakukan langkah yang sama.
- Menerapkan ‘Islam is the Way of Life’
- Mengasah potensi diri remaja
- Mewujudkan generasi bantu-membantu
VISI
Mencetak generasi pemuda sebagai ejen perubahan dan mencipta suasana peradaban yang lebih baik.
MISI
Mempersiapkan generasi pemuda untuk mengoptimalisasi seluruh potensi positif ke arah pembangkitan peradaban Islam yang lebih mantap.
ORGANISASI
PENAUNG
PENASIHAT
USTAZ WAN ZAHARUDDIN WAN ISMAIL
DIRECTOR
EN. MOHD KHAIRULNIZAM MOHD RASLI
SECRETARY
CIK NURHIDAYAH FAIEZAH IDRIS
FINANCIAL PLANNER
EN. KHAIRUL EFFENDY ABDUL HALIM
HUMAN RESOURCE
CIK NOR IZYATI MD RAHIM
QUALITY CONTROL
EN. NOOR AZLI MOHD RIFFIN
MARKETING
EN. SHUKRI KORAKKOTTIL KUNHI MOHD
RESEARCH & DEVELOPMENT
EN. MOHAMED NOR AZHARI BIN AZMAN
Masalah Utama Remaja
Contoh profil penagih dipetik dari sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman
Profil penagih-penagih yang dikesan bagi tempoh 2007 adalah seperti berikut:
* 97.60% lelaki
* 72.62% Melayu
* 70.00% terdiri daripada golongan belia dan majoriti adalah berumur antara 19-24 tahun
* 79.17% berpendidikan hingga sekolah menengah (sekurang-kurangnya tamat tingkatan 3)
* 92.03% mempunyai pekerjaan (majoritinya buruh am)
*62.56% merupakan penagih heroin/morfin, manakala penagih ATS( 10.28%)
*55.65% mengakui mula terjebak dengan dadah disebabkan oleh pengaruh kawan
Prevention Better Than Cures
- Memberi kesedaran diperingkat awal mampu mencegah remaja dari mencuba perkara yang boleh merosakkan diri.
- Kalau dilihat daripada statistik penglibatan remaja dalam dadah adalah 79% yang bermula tingkatan 3 hingga tingkatan 5.
- Jadi GIVE Club mengambil langkah dalam memberi kesedaran kepada remaja kita
Cabaran Suasana Alam Baru Dunia Remaja Tanpa Sempadan
- Alam siber tanpa sempadan memberi pelbagai maklumat tanpa ditapis.
- Peringkat remaja memang tempoh paling cepat terpengaruh dengan kawan seperti terbukti penglibatan remaja dalam dadah disebabkan pengaruh kawan 55.65%.
- Suasana di sekolah, rumah, tempat hiburan, taman rekreasi dan bandar menyumbang pembentukan jiwa remaja terkini.
Alternatif Aktif GC
- Remaja perlu diberi ilmu pengetahuan berhubung perkembangan isu remaja semasa.
- Penerapan nilai islam dalam diri remaja mampu membentuk kekuatan sistem imuniti dalaman yang kuat dan mampu menolak perkara negatif.
- Menjadi agen pengubah masyarakat dan membantu memberi kesedaran kepada remaja.
- Disamping itu program pengendali sudut akademik dan potensi diri juga akan digilap.
Isu Semasa Remaja
- Dadah
- Gejala Seks Bebas
- Jenayah
- Anak Luar Nikah
- Pembuangan Bayi
- Rogol
- Mak Nyah
- Gangsterism
Pengetahuan Islam
- Berkemampuan Solat
- Berkemampuan Membaca Quran
- Sirah Nabawiyah, Muhammad Said Ramadhan al-Buti
- Buku-buku tulisan Dr. Yusof al-Qardawi
Program Give Club
- Program Training for Trainers (TFT)
- Program Akademi Kepimpinan Unggul (AKU)
- Program Kem Ibadah Aktif (KIA)
- Program Bantu-Membantu Pelajar (BMP)
- Seminar Kecemerlangan Akademik & Iman (KAI)
- Seminar Menggali Potensi Diri (MPD)
- Seminar Problematika Pelajar dan Pemuda (PPP)
Program Bantu Membantu
- Program ini memastikan pelajar ‘difollow-up’.
- Bukan sekadar datang sekali program terus menjadi baik selama-lamanya.
- Tetapi, remaja perlu dibimbing secara bertahap dan diberi peluang untuk membantu remaja yang bermasalah.
- Agar sikap suka membantu kawan terbentuk kuat dan lahirnya generasi terbaik dalam berpegang kepada prinsip islam.
End Product Give Club
- Melahirkan generasi rabbani (bantu-membantu)
- Melahirkan generasi berkepimpinan tinggi
- Melahirkan generasi syamil islam
- Melahirkan generasi berdaya saing dari sudut akademik
- Melahirkan generasi terbaik seperti tersebut dalam Quran 3:110.
Pengumuman: Nantikan update seterusnya, NEXGCG '08
1 comment:
subhanallah. tahniah akhi, atas perkembangan istimrar. :)
dah ada kelab. semoga terus gencar dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah para remaja.
Post a Comment