Kita ada ibu bapa? Ibu bapa kita sayang akan kita tidak? Bagaimana kita tahu yang mereka menyayangi kita? Apa buktinya? Kita ada ibu bapa, kenalkah kita akan ibu bapa kita itu? Kalaulah hidup setelah dibesarkan oleh ibu bapa, tapi tidak kenal siapakah ibu bapa kita itu, patutkah kita?
Berapa lama kita tinggal di negara tercinta ini? Kenal tidak kita akan perdana menteri kita sekarang ini? Siapa? Kalaulah kita setelah tinggal dengan aman seberapa lama di negara ini, tetapi tidak kenal perdana menteri negara ini, patutkah kita?
Berapa lama pula kita telah hidup di muka bumi ini? Kenal tidak kita akan tuan pencipta dunia ini? Kenal tidak kita akan tuhan kita? Ya, siapa? Kalaulah kita setelah hidup di duniaNya, berjalan di atas tanahNya, makan makananNya, pakai pakaianNya, tetapi tidak kenal siapa tuhan atau pencipta dunia ini, patutkah kita?
Jadi kenal tidak kita akan tuhan kita?
Sekarang ini kita ada ibu bapa bukan. Ada tidak mereka memberikan harapan kepada kita? Bila seseorang itu memberikan harapan kepada kita bermakna kita ini ialah orang kepercayaan seseorang itu. Jadi, kita ini adalah orang kepercayaan ibu bapa kita.
Baiklah, katakanlah tiba-tiba kita dilantik sebagai orang kanan Perdana Menteri Malaysia. Hebat atau tidak? Hebat bukan, kerana kita telah menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri.
Tetapi sedar atau pun tidak, kita ini sebenarnya adalah orang kepercayaan Allah, tuan empunya muka bumi ini. Jadi hebat atau tidak kita ini? Sudah pasti jawapannya adalah hebat.
Jadi sekarang katakan kepada diri kalian bahawa kalian adalah hebat.
Kita ada ibubapa dan mereka memberikan kepercayaan kepada kita, jadi sanggupkah kita mengkhianati ibubapa kita? Sanggup? Tidak sanggup.
Sekarang ini, katakanlah pula yang kita ini tadi telah dilantik menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri Malaysia, adakah kita sanggup mengkhianati Perdana Menteri kita? Sanggup? Tidak sanggup.
Jadi, kita ini adalah orang kepercayaan Allah, sanggupkah kita mengkhianati Allah? Sanggup? Tidak sanggup.
Tapi hakikatnya berapa ramai yang telah mengkhianati Allah? Ramai bukan.
Sanggupkah kita mengkhianati Allah?

No comments:
Post a Comment